Assalamualaikum
warahmatullahibarakatuh..
Profesion
sebagai pendakwah adalah satu tugas mencabar dan penuh liku. Ada kalanya
kehadiran seorang pendakwah di tengah masyarakat tidak diterima dengan baik.
Bahkan ada beranggapan mereka sebagai golongan pengganggu hak asasi individu,
kelompok ketinggalan zaman, berpemikiran jumud dan bermacam lagi kata berbentuk
celaan. Pendakwah hendaklah sentiasa bersabar ketika menghadapi rintangan
sebegini dan meneruskan usaha dakwah demi mencapai balasan baik daripada Allah
Taala. Sesungguhnya para Rasul juga melalui rintangan perit seperti dihadapi
sesetengah pendakwah masa kini dan mereka tetap bersabar.
Allah
berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, rasul sebelummu pernah
didustakan,
maka mereka sabar terhadap perbuatan orang yang mendustakan dan menyakiti mereka sehingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Dan sememangnya tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah Allah (janji-Nya). Dan sesungguhnya sudah datang kepadamu sebahagian daripada berita rasul itu” el An'am (6:34)
maka mereka sabar terhadap perbuatan orang yang mendustakan dan menyakiti mereka sehingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Dan sememangnya tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah Allah (janji-Nya). Dan sesungguhnya sudah datang kepadamu sebahagian daripada berita rasul itu” el An'am (6:34)
Bersabar
bukan bermaksud pendakwah hanya berdiam diri ketika kemungkaran berlaku di
hadapan mata. Tetapi, dakwah hendaklah tetap dilakukan dengan penuh
kebijaksanaan (hikmah) dan sikap lemah lembut.
Selain itu,
kita tidak perlu bersedih apabila dakwah seakan-akan tidak berjaya tetapi
hendaklah bersabar kerana perubahan ke arah kebaikan tidak akan berlaku sekelip
mata kecuali jika di kehendaki Allah Taala. Hendaklah yakin bahawa tugas
seorang pendakwah hanyalah untuk menyampaikan ajaran Allah dan rasul-Nya namun
hanya Allah Taala yang menentukan siapa selayaknya menerima hidayah itu.
Allah
berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk
kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang
dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk”
al Qashash (28:56)
Teringat
saya akan kisah seoarang sahabat saya yang mana beliau dikurniakan hidayah
terindah iaitu mengenal Islam.. Penghijrahan beliau bukanlah diiringi dengan
intan berlian tetapi tohmahan dan pulauan dari teman-teman bahkan ahli keluarga
beliau sendiri. Tapi Alhamdulillah berkat iltizam dan istiqamah yang kukuh
beliau menyentuh rahmat terindah tersebut.
Mungkin anda
tertanya-tanya apa ‘resepi’ beliau mengharungi onak duri tersebut, jawapannya
ialah jangan kita berputus asa bagi mencari jawapan dan hidayah; bukan hidayah
yang mencari kita.
Pada
permulaan hijrah, terdetiknya di hati beliau seribu persoalan timbul di benaknya,
solat Lima kali sehari? “aku ke gereja pun sekali setahun..”
Berpuasa
sebulan? “terlepas satu breakfast pun aku dah nak kebulur”
Haji? Zakat?
Berkhatan??
Lantas seorang pendakwah yang juga
mualaf membacakan dan menceritakan maksud surah Al-Ikhlas:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، اللَّهُ الصَّمَدُ، لَمْ
يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَد
Katakanlah, “Dialah Allah, Yang
Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia
tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan; tidak pula ada seorang pun yang
setara dengan-Nya.” (QS al-Ikhlas [112]: 1-4).
Saat itu yakinlah beliau Allah Tuhannya, Muhammad
SAW RasulNYA dan Islam adalah agamanya.
Ingin saya
utarakan disini, kadang-kadang masyarakat sekeliling terutama yang beragama
Islam sendiri terlepas pandang akan sokongan dan dorongan terhadap golongan
mualaf , di mana soalan-soalan berkaitan keikhlasan memeluk agama Islam
dipersoalkan. Menyedihkan bukan? Oleh hal sedemikian kita sebagai khalifah
Allah perlulah dipersiapkan bukan sahaja ilmu yang penuh di dada bahkan
tatacara yang sopan terhadap semua perkara agar perkara- perkara ‘enteng’
sebegini akan menjarakkan masyarakat non-muslim
menghampiri kita.
Rumusan yang dapat disimpulkan disini ialah kita
sebagai individu terutamanya sebagai pendakwah muda haruslah kenalkan Tuhan
terlebih dahulu barulah hukum hakamNYA. Seterusnya, tekankan bahawasanya Islam
itu indah agamanya dan janganlah mengadili dari sudut pengikut-pengikutnya.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin samada ilmu duniawi dan ikhrawi kerana
sesungguhnya Ilmu-ilmu itulah sebagai
senjata kita kelak.
Akhir kalam, hayatilah bait ini “setiap orang
muslim yang mengucapkan dua kalimah shahadat wajib berdakwah..Sampaikan walau
satu ayat, sedang kalimah shahadat mengandungi dua ayat” Kecapilah peluang
itu..
Sekian.
No comments:
Post a Comment